Friday 2 November 2018

Farewell party for ANIS

Farewell party for Anis.
And actually.. at the same time we are celebrating Besama gathering too.
Sebab dah lama sangat tak jumpa semuaa.
Uwaaaa rinduuuuuu

Venue: Holi Southkey Art Suite, Johor Bahru
Date: 18 & 19 August 2018


Day 1: 18 August 2018
*7.00am
That day Bit dah siap-siap stay dekat rumah Anis, aku pulak dalam pukul 7am should be dah ada dekat rumah Anis. So dalam pukul 7 lebih-lebih sikit tu baru kitorang gerak untuk ambil yg lain (sepatutnya pukul 7 tepat, disebabkan anis suruh minum-minum dulu plus dengan tetiba kunci kereta anis ni hilang pulak, tu yg lambat sikit. haihh drama betul si anis ni. hehehe) But its okay je, sebab takda nak kejar apa-apa pun and kalau boleh taknak rushing-rushing (tapi tahu je la anis kan clumsy sikit,tak rushing pun tapi bila tgk dia macam rushing hehehe)

 *Around 8.00am
As usual tempat berkumpul semua tentulah dekat depan sekolah yang mana tempat tu lah  first kami dikumpulkan 10 tahun lepas. Tapi, tak cukup sorang, Elifa waktu ni dia tengah tidur lagi rasanya, hehehe. untung la dia, tinggal tunggu je kitorang sampai sana.


*12.00pm 
Sampai di Kampung Melayu Majidee untuk tunggu Elifa sampai dalam masa yang sama kitorang makan lunch sekali dekat situ. Nasi Ayam penyet dia perhhh! lepastu beli pulak mertabak cheese yg viral tu perhh! okay cukup! lapar pulak cakap pasal makanan nihhh. 
Sementara menunggu untuk check in pukul  3.00 kejap lagi, So we decided untuk cari kain untuk wedding Anis nanti. 



*3.00pm
Selamat sampai di Apartment :)

  




  



*4.00pm
Actually, anis tak tahu pun yang kitorang nak celebrate dia, yang dia tahu just gathering je. Wehh sampai pening kut mana satu benda yang nak di rahsiakan dari dia. hehehe. aku rasa orang lain okay je, aku je yang confuse, hahaha. nasib tak tersalah group wasap je. Haa, sambung balik pasal anis tadi, kitorang (aku, bit and mas) plan untuk hias bilik tanpa pengetahuan anis, yang mana, waktu tu Bieza dan Elifa pulak akan keluar bilik untuk cari makanan kononya si Elifa ni lapar tak makan lagi, ehh bukan konon, dia memang lapar gilaaaa waktu tu hahaha.


*6.00pm
Diorang pun sampai bawa anis semua, then you know what? kita dok plan untuk surprise kan anis, dalam masa yang sama, Bieza, Bit and Anis pulak plan nak surprisekan Mas and aku, sebab birthday aku dgn mas bulan ogos. Allahu, tak tahu nak kata, mesti diorang lagi pening sebab lagi banyak group wasap diorang hahaha. So bila dah sudah sursprise semua tu, semua rest and ready untuk game malam tu. Game yg kitorang main tu nama dia Kuch Kuch Ho Ta Hai dengan whisper challenge. Video waktu kitorang game tu takda, tapi takpa. disebabkan terlalu seronok semuanya. So ianya kekal dalam ingatan kitorang. Ceh wah kemain, padahalll semua tak sempat amek video, disebabkan semuaa nak buat live kat ig. hahaha. Habis je game tu, kitorang terus tidur dan tak sabar untuk esok!




19 August 2018
*6.00am
Semua bangun dari tidur yang amat amat lenaaaa di ulit mimpi. Dan kami solat subuh berjemaah. Haihh :') Seronok sangat waktu ni. Then kitorang pun teruskan dengan aktiviti seterusnya iaituu... POOL TIME!

Hahaha. Waktu pool ni aku taknak share, sebab sumpah klakar gilaa. Bagi special laa, tanak org luar tahu, kita-kita je yang tahu (plus guard dekat situ laa, tupun kalau dia baca benda ni) HAHAHA

  

*11.00am 
After pool time, kitorang siap-siap untuk check out and bergambar session.

  






Rasanya, itu je la kut, dan kitorang pun pulang ke rumah masing-masing. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pengalaman yang sangat tak dapat dilupakan.
Nak tahu satu benda? dah balik sampai rumah ni pun, aku masih tak percaya yang Anis dah nak kahwin dah :"(
Hehehe, takpa, aku percaya semua pun pasti akan tempuh saat tu, sama ada sempat atau tidak, dan cepat atau lambat je.

Lastly aku cuma nak kata, memang... Memang semua jauh terpisah. tapi korang dekat sangat dihati aku :) Semoga berjumpa lagi BESAMA :)











2 comments:

nice