Tuesday, 24 January 2017

The Bujangs Gate Away

Program : The Bujangs Gate Away
Venue : Ke Cabin, by Bungalow in A Village, Malacca 

20th Jan 2017
10.00 am

- HANIS KHAIRI JEMPUT KAMI








-SMK JELAI
Singgah sekolah jap!!!







-DAH SAMPAI KE CABIN!
Tangkap gambar ler ape lagi!











-BBQ TIME!





-CELEBRATE BIRTHDAY + DINNER TIME













-BLIND MAKE UP!









-21st Jan 2017
Keesokkan harinya
Mandi manda gaisss







-NAK BALIK DAH
Tangkap gambar luuwww!!



























Seriously, seronok sgt gais. Semoga majlis wawa nanti berjalan lancar. Nanti tolong lah buat The Bujangs Gate Away 2.0 hehehe.. Siapa pulak bakal bride nya tuh Wallahualam.. ngee.. Thanks for everything guys! Jumpa lagi akan datang. love youalls!




Sunday, 15 January 2017

Ke tadom hill lahh kita weyyy

 Assalamualaikum. 
Kali ni nak kongsikan pengalaman waktu kat tadom hill haritu. Actualy, takdalah nak cerita sangat pon. Nak share gambar2 menarik je. Tapi takpelah, disebabkan ade moment yg sangat sangat besar berlaku. So that hakak rasa hakak nak share sekalilah. Bukan ape, buat pedoman hadik hadik kat luar sana. Aicehwah.

Kitorang sebenarnya cuti sem waktu ni. So, kami [aku, aini, syikin, faizah] plan la utk pergi ke suatu tempat. Bincang punya bincang punya bincang. [panjang cerita dia] Tah cane tah. Last sekali, keluarlah idea tadom hills.

Okay okay, berbalik balik pada 'moment' yg aku nak cerita tadi. Ramai org cakap, tadom hills ni tak bestlah kalau x bawak gopro [tak kisahlah ape2 pon yg penting bole masuk air dan seangkatan dgn nya] Tapiii.. kitorang takda pon benda2 tu. Bahkan yg mcm plastic utk boleh masukkan fon [supaya tak kena air]  pon x beli. 
Moment tu dimana, mula2 kami nak tangkap gambar yg kami berempat atas rakit tu. So mintak la tolong seorang akak ni. Dah selesai tu, akak tu pulak nak kitorang tangkapkan gmbar diorang. Dan aini pon pergilah volunteer tangkapkan gambar mereka tu. Dah tu, selesai akak tu tangkap gambar, masa dok terkocoh2 tolak akak tu tolak rakit ke tempat untuk turun dari rakit tu dengan aini yg tolong tangkapkan gambar tadi pon nak menolong jugak. maka terjatuhlah fon aini [iphone6s kira baru jugaklah beli. uwaaaa] ke dasar tasik itu. 

Terkejut? gila kau tak!! walaupon bukan fon aku. Mata aku dah berkaca dah tahan nangis. Lepastu semua macam huru hara jugaklah, 'macam mane nih macam mana nih' semua dok tanya. Rupanya abang yg jaga tasek tu memang dok perati je, then dia pergi amek goggle dia. Nasib betul2 tepi kitorang je waktu fon tu jatuh. Then abang tu pon terjun masuk tasek tu dan pergi ke dasar tasik tu. Pada waktu itu lahh aku realize yg WEEYY taom hills tu dalam gilaaa. Sebab abang tu lambat jugak dia nak timbul. FUHHHHhh [aku type pon rasa berdebar2 je nih wehh]

Lepastu, fon tu pon dapat la balik.. Cumanya adelah kerosakkan2 sikit dekat fon tu. Cuma aku harap, benda tu boleh dibaiki.

Hehehehe. Okay dah. pengajarannya. jangan dah mengada nak bawak fon dekat tasik ke sungai ke laut ke, even bilik air rumah kau!

Naaahhh enjoy lah tgk gambar kami!
eh jap! Part yg paling aku seronok waktu dekat tadom hill ni adalah, lompat terjun uh. 5 kali weh!! best sangat3! Ada video nya, cuma x post kat sini. Maleh. hehe. kbye!