Monday, 12 March 2018

Trip to INDONESIA

INDONESIA

Sebelum mula baca, saja nak warning, entri ni agak panjang, tapi kalau sudi membacanya, anda amat dialu-alukan. hehehe
Ini adalah entri tentang boleh dikatakan rumusan perjalanan kami selama enam hari di Indonesia. Travel kali ini adalah first experience untuk kami berempat bersama-sama di overseas (Aku, Aini, Syikin dan Hazirah) Sesungguhnya, kita manusia hanya mampu merancang, tapi Allah lah sebaik-baik perancang :)

Let start it!


Day 1: 26 JAN 2018
*7.00am
Bermula flight kami berempat dari Kuala Lumpur ke Airport Soekarno Hatta Jakarta.
Aku tak tahu lah memang setiap org akan alami momen lari-lari nak kejar flight ke macam mana, padahalnya kitorang dah kira awal gilaa tunggu kat Airport waktu tu, Pukul 2 ke 3 pagi macam tu la. hahaha kelakar pun ada bila pikir balik.

Flight ambil masa dalam sejam untuk sampai ke jakarta.



*8.00am
Selamat sampai di jakarta. Ni adalah tempat-tempat yg kitorang pergi:
1)Mizium Nasional
2)Monas
3)Masjid Istiqlal
Actually kalau untuk tangkap gambar cecantik jakarta ni kureng sikit berbanding tempat-tempat lain,
Jadi sebab tu kitorang sekejap je dekat jakarta.



*8.00pm
Destinasi seterusnya adalah di yogjakarta, jadi kami ambil keputusan untuk kurangkan kos penginapan dengan ambil trip train malam menuju ke yogjakarta, kerana perjalanannya juga agak lama lebih kurang 8 ke 9 jam untuk sampai.
Bermalam di train TAKSAKA adalah pengalaman yg tidak dpt dilupakan! Sebab selimut dia bagi wangi gilaaa, dan sangat selesaa. hehehe berbaloi sangat-sangat, dengan keadaan kami yg backpacker agak letih.




Day 2: 27 JAN 2018
*4.30am
Selamat sampai di stesen train di Yogjakarta. Before pergi kesini, ofcourse kitorang ada search mana tempat-tempat menarik semua, pada mulanya, memang banyak juga tempat yang kitorang senaraikan. Yang adalah yg di shortlisted kan:

1)Borobudur
2)Kalibiru 

3)Tamansari 

4)Candi Ijo















Banyak gilaa tempat cantik-cantik kat jogja, series tak rugi kalau korang pergi sini. Kalau nak ikutkan aku nak cerita details tempat kitorang pergi tu semua. Tapi, haihh aku takut korang je tak terbaca, hehehe. Tapi apa-apa pun aku bersyukur sangat, walaupun dalam keadaan terkejar-kejar sikit tapi Alhamdulillah, semua tempat dapat kitorang pergi, dengan bantuan Pak Agus driver kitorang yg sangatcekap!
Okay, bila dah setle semua tempat, so kitorang Bermalam di Hotel Mas Deni.
Cantik sangat hotelnya! Selesa ya Amaaat!




Day 3: 28 JAN 2018
*8.00am
Kitorang terpaksa check out awal sebab banyak lagi tempat yg akan kami pergi.
Harini pun masih menggunakan khidmat Pak Agus sebagai driver kami!

Ini adalah tempat-tempat yg kami pergi:
1)Jurang tembelan 

2)Hutan pinus

3)Pantai timang








Uarghhhhh!
Sumpah best! Tempat dia cantik-cantik wehhh! Nak nangis bila ingat balik! Tapi malangnya, sampai hari ni sahaja jodoh bersama Jogja, next destination adalah di Bandung,

*10.00pm
Kami Bermalam di train MALABAR menuju ke Bandung untuk mengurangkan kos penginapan dan juga dapat menjimatkan masa kami kerana perjalanan untuk sampai ke Bandung juga agak lama, lebih kurang 6 ke 7 jam.




Day 4: 29 JAN 2018
*6.00am
Sampai di stesen train Bandung dan terus melanjutkan perjalanan kami di Bandung!
Memandang tempat yg kami nak pergi dekat bandung ni jauh-jauh jaraknya, jadi kami pergi satu tempat satu hari, untuk hari ini, kami pergi ke Kawah putih!


Ya Allah!
Cantik wehh!
Sesiapa yg datang Bandung, harus pergi ke sini.

Setelah penat berjalan sakan dan kami pun Bermalam di Serena Hotel.






Day 5: 30 JAN 2018
*8.00am

Dengan bantuan driver kami Pak Irdi kami meneruskan perjalan ke Tangkuban Perahu.




*4.30pm
Kami harus ada di Airport Bandung untuk ke Palembang, kerana flight kami untuk pulang ke Kuala Lumpur adalah dari Palembang.





Flight from bandung to Palembang hanya ambil masa dalam sejam, dan bila sampai di Palembang dalam pukul 7.00pm.
Kami menggunakan perkhidmatan uber. Alhamdulillah abang uber kami sangat baik! Kacak pulak tu, hehehe.
Seriesss muka dia macam afgan wehh, cair juga hakak waktu tu. Tapi malangnya, abang kacak itu sudahpun berumah tangga! Hahahah, terang-terangan berul kema reject. Hehehe hakak gurau je kayy. Sebab apa aku cakap dia baik, sebabnya, waktu kitorang sampai palembang tu, ingat nak duduk kat airport je, and jalan sekitar-sekita airport je. Haihh jangan la buat pasal wehh, seram kot. Lain macam orang-orang yg ada waktu kat airport tu, lepastu abang kacak tu pun dengan ikhlas hati offer kami untuk bawa ke jambatan yg popular dekat palembang tu, sebab dia kata kalau datang palembang, rugi tak pergi tgk jambatan tu, (padahal malam weh waktu tu) baik betul dia, siap nak tangkapkan gambar kami lagi.


Lepas habis semua, abang kacak tu carikan kami hotel berhampiran Airport Palembang.




Day 6: 31 JAN 2018

*7.00am
Kami siap-siapkan diri untuk pergi ke Airport, tapi... Walaupun dekat hotel tu dgn aiport tapi kitorang still kena cari teksi or uber untuk ke airport.
Malangnyaaa, takda satu pun uber atau teksi pagi-pagi buta tuu wehhh!
Cuakl sgt kitorang waktu tu, tapi Alhamdulillah, setelah macam-macam usaha, ada yg tinggal di hotel tu, boleh menghantarkan kami ke airport, brother tu tak sempat mandi ape semua, terus hantar kami dalam keadaan dia yg baru saja bangun dari tidur! Hehehe

*8.00am
Flight kami dari Palembang to Kuala Lumpur. Walaupun semuanya agak tergesa-gesa. Tapi Alhamdulillah sempatlah masuk dalam kapal terbang. Haihhh macam-macam betul!


Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar dan kami pun selamat pergi dan balik. Pengalaman yg tak akan dapat aku lupakan!
Hopefully, lepas ni ada lagi trip backpackers ni eah! Rinduu korang semua!

No comments:

Post a comment

nice