Sunday, 15 January 2017

Ke tadom hill lahh kita weyyy

 Assalamualaikum. 
Kali ni nak kongsikan pengalaman waktu kat tadom hill haritu. Actualy, takdalah nak cerita sangat pon. Nak share gambar2 menarik je. Tapi takpelah, disebabkan ade moment yg sangat sangat besar berlaku. So that hakak rasa hakak nak share sekalilah. Bukan ape, buat pedoman hadik hadik kat luar sana. Aicehwah.

Kitorang sebenarnya cuti sem waktu ni. So, kami [aku, aini, syikin, faizah] plan la utk pergi ke suatu tempat. Bincang punya bincang punya bincang. [panjang cerita dia] Tah cane tah. Last sekali, keluarlah idea tadom hills.

Okay okay, berbalik balik pada 'moment' yg aku nak cerita tadi. Ramai org cakap, tadom hills ni tak bestlah kalau x bawak gopro [tak kisahlah ape2 pon yg penting bole masuk air dan seangkatan dgn nya] Tapiii.. kitorang takda pon benda2 tu. Bahkan yg mcm plastic utk boleh masukkan fon [supaya tak kena air]  pon x beli. 
Moment tu dimana, mula2 kami nak tangkap gambar yg kami berempat atas rakit tu. So mintak la tolong seorang akak ni. Dah selesai tu, akak tu pulak nak kitorang tangkapkan gmbar diorang. Dan aini pon pergilah volunteer tangkapkan gambar mereka tu. Dah tu, selesai akak tu tangkap gambar, masa dok terkocoh2 tolak akak tu tolak rakit ke tempat untuk turun dari rakit tu dengan aini yg tolong tangkapkan gambar tadi pon nak menolong jugak. maka terjatuhlah fon aini [iphone6s kira baru jugaklah beli. uwaaaa] ke dasar tasik itu. 

Terkejut? gila kau tak!! walaupon bukan fon aku. Mata aku dah berkaca dah tahan nangis. Lepastu semua macam huru hara jugaklah, 'macam mane nih macam mana nih' semua dok tanya. Rupanya abang yg jaga tasek tu memang dok perati je, then dia pergi amek goggle dia. Nasib betul2 tepi kitorang je waktu fon tu jatuh. Then abang tu pon terjun masuk tasek tu dan pergi ke dasar tasik tu. Pada waktu itu lahh aku realize yg WEEYY taom hills tu dalam gilaaa. Sebab abang tu lambat jugak dia nak timbul. FUHHHHhh [aku type pon rasa berdebar2 je nih wehh]

Lepastu, fon tu pon dapat la balik.. Cumanya adelah kerosakkan2 sikit dekat fon tu. Cuma aku harap, benda tu boleh dibaiki.

Hehehehe. Okay dah. pengajarannya. jangan dah mengada nak bawak fon dekat tasik ke sungai ke laut ke, even bilik air rumah kau!

Naaahhh enjoy lah tgk gambar kami!
eh jap! Part yg paling aku seronok waktu dekat tadom hill ni adalah, lompat terjun uh. 5 kali weh!! best sangat3! Ada video nya, cuma x post kat sini. Maleh. hehe. kbye! 







































Tuesday, 16 August 2016

OUR SHORT VACATION

Alhamdulillah..
Thanks sahabat2 sebab join this short vacation. 
Haaa.. dah lame tak update..
Huhuhuiii! 
Siapa kata dkat Juasseh takda tempat Best.
Ni diaaa..

NS DAIRY FARM @ Juasseh Agro Park ade dkat rembang panas..
Cantik2 tempat die.
😘😘😘😘😘
Banyak aktiviti boleh buat dkat situ..
.

Ade farm tour.. 
Siap bawak pergi dekat die punya mini zoo, ladang lembu, kilang susu dan byk lagi.
.

Kalau games pulak ade flying fox, monkey walk, wall climbing, ehhh byk lagi laaa..
Eh belah malam pulak kann.
Kami buat bbq, ade lah bakar2 skit.. ðŸ˜Š
.

Sesiapa yg berminat boleh laa pergi..
Best!
Memang ramai lagi yg tak tahu tempat ni..
Haaa lagi satu..

Dekat situ ade homestay disediakan, dan sgt2 lah selesa.
‪#‎shortvacay‬ ‪#‎NSDAIRYFARM‬ ‪#‎juassehagropark‬
























Beberapa moment yang dapat disemadikan dalam hati betaa.. acehwahhh.. 
Nati ade rezeki kita jumpa lagi ea sayangss..
 ðŸ˜Š ðŸ˜Š

Saturday, 28 May 2016