Tuesday, 28 July 2015

Mujahadah

Selagi mana kau merasa diri kau lemah.
Iman kau goyang.

Ingatlah!
Bagaimana cara kau susah ingin capai ke jalan ini.
Muhasabah macam mana hina jahiliyah kau dulu.
Usaha org lain yg bersusah payah membawa kau di jalan ini.

Wahai yang membolak-balikkan hati ini.
Kuatkanlah imanku.
Walaupun aku hanya merangkak berdikit-dikit untuk bermujahadah.
Takpa lah. tak apa.

Imam ghazali ada memberitahu terdapat tiga golongan tentang turun dan naiknya iman itu.
1)imannya terlalu mudah naik dan terlalu mudah juga untuk imannya jatuh. (sama besar/sama byk)
2)imannya tidak mudah naik tetapi terlalu mudah untuk imannya jatuh.
3)imannya terlalu mudah untuk naik dan tidak mudah untuk jatuh imannya.

Betapa hebatnya klasifikasi yang dibuat oleh imam ghazali yang sgt mereflek diri kita.
Lihatlah dan fikir sejenak. dimanakah kau berada.

Selamat bermujahadah wahai diri yang kerdil ini.
:) insya Allah. Allah permudahkan segala usaha kita

No comments:

Post a Comment

nice