Tuesday, 28 July 2015

Mujahadah

Selagi mana kau merasa diri kau lemah.
Iman kau goyang.

Ingatlah!
Bagaimana cara kau susah ingin capai ke jalan ini.
Muhasabah macam mana hina jahiliyah kau dulu.
Usaha org lain yg bersusah payah membawa kau di jalan ini.

Wahai yang membolak-balikkan hati ini.
Kuatkanlah imanku.
Walaupun aku hanya merangkak berdikit-dikit untuk bermujahadah.
Takpa lah. tak apa.

Imam ghazali ada memberitahu terdapat tiga golongan tentang turun dan naiknya iman itu.
1)imannya terlalu mudah naik dan terlalu mudah juga untuk imannya jatuh. (sama besar/sama byk)
2)imannya tidak mudah naik tetapi terlalu mudah untuk imannya jatuh.
3)imannya terlalu mudah untuk naik dan tidak mudah untuk jatuh imannya.

Betapa hebatnya klasifikasi yang dibuat oleh imam ghazali yang sgt mereflek diri kita.
Lihatlah dan fikir sejenak. dimanakah kau berada.

Selamat bermujahadah wahai diri yang kerdil ini.
:) insya Allah. Allah permudahkan segala usaha kita

Tuesday, 14 July 2015

Bulatan Gembira

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Jiwa yang kosong.
Sebelum ini penuh gelak tawa, seronok gembira.
Tapi hanya habis di situ.
Kosong.
Hanya kosong.

Kalau dahulu kau sibuk dengan hal-hal dunia.
Tapi kini setelah ditarbiyah.
Mungkin kau dapat apa itu fikrah.

Takpa perlahan-perlahan.
Dengan hanya dengan bulatan gembira.
Kau akan faham apa itu bahagia yang sebenar-benarnya

Memang aku sendiri jahil pada dulunya.
Tapi Rahmat Allah itu Luas!
Pintu taubat Allah sentiasa terbuka.
Untuk pendosa semacam aku.

Hanya satu aku pohon.
Kekalkan aku dijalan ini.
Insya-Allah..