Friday, 9 January 2015

Untuk aku

Okay. Sekarang macam ini. Di dunia ni siapa boleh janji yang sepanjang hari takkan ada masalah, siapa boleh janji yang semuanya akan sentiasa baiiiikkk je. Siapa boleh janji??  Takkan ada. Tapi apa yang pasti kita boleh berusaha untuk laluinya agar ia berkeadaan baik. Usaha. Betul. Berusaha DAN tawakal. Bukan usaha baru tawakal. Dia seiring.
InsyaaAllah.

Aku tulis untuk aku.
Bahkan semuanya yang sebelum mahupun selepas ini.
Adalah untuk aku. Biar aku ingat. Beringat!

Ini baru mula aida. Jangan mengalah. Alaah. Sikit aje nihh. *tepuk dada*
Hidup luar sana lagi lah. Baru sikit dah melatah.
Orang nampak kamu lemah.
Tapi kita yang tahu kemampuan kita.
Serendah mana kau di pandang orang.
Hina mana kau dianggap orang.

Hanya Dia tahu siapa engkau.
Dan hanya Dia lihat effort kau.

Love you.