Monday, 30 November 2015

Jaulah Melaka



Aku, seorang aku yg lihat indah ciptaMu,
Yang mana pasang surutnya air laut,
Berubahnya air laut,
Kenapa?
Kenapa berubah dan tak tetap setia seperti pasir yang menunggu air laut,
Betapa kuatnya hubungan mereka sehingga tak boleh berpisah.

Begitu juga hati,
Hti aku yang berbolak balik,
Kenapa tak sekuat dan setetap pasir dan air,
Ya Allah, Tsabatkan AKU!

Sakit yg kau beri,
Mungkin bagi aku penghapus dosa,
Memperbaiki mana yg tak kena,
Aku tahu pasti ada hikmah disebaliknya,
Sehinggakan aku terlepas dari senarai nama orang2 yg pergi ke jalan mendekatiMu.
Sungguh,
Aku sedih Ya Rabb.

Tetapi, masa tetap berjalan,
Aku cuba untuk sama2 berjalan,
Guankan masa untuk Allah redha dgn kita punya jalan,
Tsabat hanya untuk satu jalan.

Dirumah aku bersama keluarga,
Keluarga aku tak sama dgn yg lain,
Ya, aku tahu,
Tetapi, mungkin Allah PILIH aku,
Untuk mereka,
Untuk mereka.
Untuk meraka.

KERANA aku terlalu sayang MEREKA! 

Friday, 9 October 2015

BESAMA 2.0

24, 25 SEPTEMBER 2015

Sahabat yang mana paling aku sayang.
Mereka bersama saat jatuh dan bangunnya aku.
Yang paling lama since 2008...

Jujur dari hati aku.
Kalau tiada korang mungkin aku tak seperti ini.
Tahu sebenar-benar erti kehidupan.

Cehh.. tegangnya ayat-ayat aku..
HAHAHAHA
Okay, just make it simple.
Aku sayang korang and taknak hilang korang.
Oke bye!



















Berkampung kami di Melaka 2 hari.. hehe.
Itu je lah. Bye!!
Nantikan BESAMA 3.0 
Assalamualaikum

Sunday, 13 September 2015

Tarbiyyah tu kan perubahan

Sangat seronok kalau dolu-dolu kita yg dok cerita-cerita dekat kwn2 kita pasal 'eh tgk laa senah tu dah berubah dah skrg, bgusnyaa dia' ataupun  'eh minah tu dah pakai tudung labuh laa, cepatnya dpt hidayah' ataupun 'eh siti dah rajin pergi sembahyang jemaah skrg'.
Bukanlah pujian atau perhatian tu yg kita nak dgr sebenarnya.
Tapi, sedar x, walau x byk, sikit kita dah buka sedikit hati mereka2 tuk husnuzon ttg hidayah tu sendiri.
Honestly la, diri sendiri pon dulu mcm tersgtlah wonder mcm mne org yg *mcm tu* boleh berubah *mcm tu* kan??? Korang2 pon mesti ade rase macam tu.
Tapiiii.. lepas tu mesti la kita mcm concludekan, yg hidayah tu bukan utk org yg baik atau pun jahat ataupun sesiapa lah.
Tapi semua org Berhak utk peroleh hidayah Allah tu.
Sgt beruntunglah bila kita yg jadi antara org2 yg berubah tu dan org yg sekeliling pula inspired dgn ape yg kita buat.
Betul tak???
Tapi.. mmg bukan mudahlah.
Its a process.
Perubahan tidak perlu terlalu drastik.
Takut kelak tidak istiqomah dan mungkin jadi fitnah.
Minta dijauhkanlah.
Perlahan2 pon takpe asal niat dan hati tu ikhlas.
Allah tahu betapa struggle nya kita wakk.
But its okay.
Try to find inisiatif yg mana membolehkan kita peroleh tarbiyyah tu.
InsyaAllah dipermudahkan segalanya.
☺☺

Monday, 31 August 2015

SANAH HELWAH !

Assalamualaikum..

Hari ini rasa mcm nak fefeling diksdiks jap.
hehehe.

SANAH HELWAH to mee!

Takda lain yang aku nak.
Jika korang tanya, hanya satu.
REDHANYA.

Semoga aku sentiasa dipandang, didengar, dikasih oleh-NYA.
Dan kalian semua juga..
Aamiin..

Makin kita meningkat usia.
Makin aku risau tentang APA yang aku dah buat selama-lama hidup.

Terima kasih Kakcik and seluruh keluarga,
Untuk sambutan yg peling menyentuh hati aku selama 20 tahun.














HAPPY 2Oth BITRHDAY!!



Thursday, 27 August 2015

SISTHOR_SHOP (totebag)

Assalamualaikum.

Bila apa yg kita angankan selama ni dan sekarang jadi kenyataan.
WOW!
Sangat bersyukur, Allah izinkan aku buat benda ni.

And now nak cerita..
Sis buat online shopping.
Sebab? sebab sis minat sannngat.
Bukanlah minat berniaga sgt, tapi minat buat doodle2, conteng2, lukis2 ni semua.
So tercetus lah idea untuk buat bissness jual totebag!

Korang2 semua boleh sgt kalau nak order dkat sis.
Setiap beg, sis akan buat secantik cantik habis!

Size 42x38
Kalau berkenan whatsapp je.
0178856610 & 0173776019

Sebelum tu korang mesti nak tgk design2 yg dah sedia ada kan?
Oriteee!

(Ni antara design2 yg dah di tempah)










Dan actualy.. totebag n pun ade dlm wishlist cuti hakakk.. hehehe.
Do support kayy..
Last but not least.
whatsapp me if want to know more detail about this totebag :)
haaa .. especialy untuk student2..
Sanngattt sesooaiiiii !

K lah.. kalau nak rasa air tgn kita.. haaaaaa..
COBAAA LAHH!
*rugi taw kalau x try*
Lot of Love,
Assalamualaikum.








Saturday, 15 August 2015

PROJEK TELEKUNG !

Asslamualaikum.

First thing first, hehew. sempena cuti sem yg lama bebeno ni. aku telah memikirkan sesuatu yg nak aku buat. At least satu laa.
which is...................... Projek Telekung!
yiii haaaaaa!

Okay, memandangkan aku tak kerja cuti sem ni, and duit pon takda sgt, so.. ape2 projek yg nak aku buat mesti #nocost #nomodal hehew.

Oriteee! here we start!

1) Operasi cari kain2 lebih mak jahit baju orang. [ fyi mak kite menjahit baju :) ]

Pilih ikut yg mana quantiti nya masih byk dan corak yg cantik :)



2) Mula2 kita buat bahagian kepala dulu.



potong ikut separuh bulatan mcm gambar atas ni. ukuran pon dah siap ade :)


jahit tepi untuk lebih kemas :)

 


okay. yg ni untuk getah sikit yg kat atas kepala. alah senang jeer. getah seluar tu potong kecik yg memanjang skit. lepastu waktu nak jahit dkat kain tu tarik getah tu. then jahit :)


yang atas ni untuk yang bawah dagu tu. Eh jap. jgn lupa buat ni ikut betul2 ukuran kepala eaa. baru laa selesa nak pakai bawak solat :)


Yang getah utk belakang tu depend, nak buat tali ikat je pon boleh. lagi senang :)
tapi kalau macam atas mcm susah sikit nak cerita kat sini. alah, awok pakai ikat je lah.. hehew

And........ SIAP untuk BAHAGIAN KEPALA !

3) Buat utk bahagian badan pulak.  


Okay. utk yg bahagian badan saja pakai kain warna lain. (putih) sebab tak cukup kain. ukuran kita ikut je saiz ukuran telekung yg selalu kita pakai :)
kan mudaaah :)




Haaaa. yg ni pulak. ikut kreativiti masing2. 
ini untuk bahagian hujung bahagian badan. 

okay jum tgk bila kita cantumkan semua dari BAHAGIAN KEPALA, BAHAGIAN BADAN dan BAHAGIAN HUJUNG TELEKUNG!



4) Last sekali.......... Basuh telekung yang siap tu. Then sidai! kalau tak nanti pakai gatal2. hehehew.



TARAAAAAA! Siap pon akhirnyaaaa!


Semoga org2 yang lain pon boleh cuba :)
senang je :)
Dan semoga! kita semua sama2 semangat utk beribadah!
InsyaaAllah :)
Byee. Assalamualaikum :)