Tuesday, 1 July 2014

Bulan Barakah !

siapalah aku di muka bumi ini,
seorang hamba kerdil yg menumpang,
hanya peminjam yg kadang kala lupa daratan,

aku bersyukur kerana telah dipanjangkan usia,
diperkuatkan kederat,
diberikan sihat tubuh badan,
untuk aku menempuh bulan yg penuh barakah ini utk kesekian kalinya.

misi aku hanya satu,
setiap tahun,
setiap kali datangnya Ramadhan,
memperbanyakkan lagi ibadat untuk memperoleh saham akhirat,

cuba terapkan dalam diri,

lebihkan ukhrawi berbanding duniawi,
taat, setia, patuh pada pencipta,
cintakan Rasulullah dari mengejar cinta manusia
yg tak pasti mana arahnya.

In syaa Allah.
jika niat betul ingin berubah,
Allah maha pengampun dan maha pengasih,
Dia pasti permudahkan urusan hambanya.

Salam Ramadhan dari saya.




1 comment:

nice