Sunday, 13 July 2014

SELAMATKAN MEREKA YA ALLAH !













aku pohon
aku seru
aku merayu

anak-anak kecil yg tanpa dosa di kecam dgn sungguh kejam tanpa sedikit kasihan,

kaum-kaum hawa di tindas tanpa perikemanusiaan,

kemana pergi nilai kasih sayang,
kemana pergi nilai kemanusiaan,
kemana pergi nilai kesian,

yang dimana itulah sebenar-benarnya fitrah yg harus kau selam,
tidak kiralah yg christian, hindu ataupun islam,
kerana itu semua nilai kemanusiaan,
sedarkah kau wahai manusia,
sedarkah kau!

manusia?
aku tak rasa kau sejenis manusia wahai si israel kafir durjana,

kasihan aku sedih aku,
melihat kanak-kanak kecil,
kaum-kaum ibu,
golongan hawa,
mempertahankan agama , diri dan keluarga,

terkenang aku akan nasib kanak-kanak kecil itu,
yg mana jika di sini,
masih menhabiskan masa zaman kanak2 dgn penuh gembira.

Allahu Rabbi
Kau kuatkanlah semangat mereka,
Kau kuatkanlah iman mereka,
Kau bantulah mereka Ya Allah.

Selamatkanlah negara mereka dari malapetaka,
Perkuatkanlah pasukan tentera mereka yg berusaha sedaya upaya tanpa rasa putus asa,
untuk membela nasib negara mereka,
dan menjadi benteng yg kukuh bagi mempertahankan satu-satunya Masjidil Aqsa yg tersergam indah di tempat mereka,

sungguh aku malu,
aku malu kerana tidak dapat melakukan apa-apa di sini,
bukan sekadar menhunus pedang,
malah merejam batu pun belum tentu sampai utk hulur bantuan di sana,

tetapi,
aku akui bahawa doa,
doa adalah senjata yg lebih tajam daripada pedang,

Wahai manuisa di setiap penjuru dunia,
aku seru aku mohon padamu,
basahkanlah lidah kamu dgn sentiasa berdoa padaNya,
Padukan semangat agar mereka lebih kuat di sana,

SELAMATKAN MEREKA YA ALLAH !  :'(





Tuesday, 1 July 2014

Bulan Barakah !

siapalah aku di muka bumi ini,
seorang hamba kerdil yg menumpang,
hanya peminjam yg kadang kala lupa daratan,

aku bersyukur kerana telah dipanjangkan usia,
diperkuatkan kederat,
diberikan sihat tubuh badan,
untuk aku menempuh bulan yg penuh barakah ini utk kesekian kalinya.

misi aku hanya satu,
setiap tahun,
setiap kali datangnya Ramadhan,
memperbanyakkan lagi ibadat untuk memperoleh saham akhirat,

cuba terapkan dalam diri,

lebihkan ukhrawi berbanding duniawi,
taat, setia, patuh pada pencipta,
cintakan Rasulullah dari mengejar cinta manusia
yg tak pasti mana arahnya.

In syaa Allah.
jika niat betul ingin berubah,
Allah maha pengampun dan maha pengasih,
Dia pasti permudahkan urusan hambanya.

Salam Ramadhan dari saya.